Classique Wedding Hall menumpukan sepenuh usaha untuk menjual dan meyediakan Pakej Lengkap Perkahwinan yang dapat membantu bakal pengantin MEMUDAHKAN urusan majlis perkahwinan mereka.
Menguruskan majlis perkahwinan memanglah satu urusan yang memberi banyak tekanan dan cabaran.
Namun begitu, dengan memilih
Classique Wedding Hall sebagai Venue Majlis Perkahwinan anda, separuh dari tekanan tersebut telah kami ambil alih.
Bagaimana kami boleh mengambil alihnya?
Melalui pengalaman kami yang telah menguruskan majlis perkahwinan sejak tahun 2010 lagi. Melalui pengalaman ini, kami akan bantu anda merancang majlis perkahwinan dengan teratur dan tiada tekanan buat bakal pengantin.
Di sini admin kongsikan gambaran
Proses Melangsungkan Majlis di Classique Wedding Hall bermula dari anda membuat Pembayaran Tempahan sehingga tamat majlis bersejarah anda.
PERJALANAN MERANCANG MAJLIS DI CLASSIQUE WEDDING HALL.
1. Pembayaran Tempahan Pakej Lengkap Classique.
Untuk tempahan pakej lengkap Classique, deposit yang perlu dibayar hanya RM1,000 untuk menempah pakej dan tarikh majlis anda.
Disebabkan Classique Wedding Hall hanya boleh menerima tempahan 1 majlis untuk 1 tarikh, jadi, kami mengamalkan siapa tempah dan bayar deposit dulu, dia yang dapat.
2. Pemilihan Konsep Baju dan Pelamin.
Urusan pemilihan Konsep Baju dan Pelamin boleh dibuat di Butik Astella Bridal. Penal Bridal untuk Classique Wedding Hall.
Untuk setiap tempahan Pakej Lengkap Classique, bakal pengantin akan dapat sepasang persalinan baru. Baru bermaksud anda yang pertama akan pakai baju tersebut.
Disebabkan anda dapat baju sanding baru, urusan "Fitting" perlu dibuat selewat-lewatnya 3 bulan sebelum majlis bagi memastikan baju sanding siap.
3. Pemilihan Warna Tema Dalam Dewan.
Setelah tema warna baju dan pelamin telah dipilih, barulah kita dapat pilih dan tentukan warna tema bagi alas meja dan juga riben kerusi.
Untuk pemilihan warna tema ini, wedding planner yang menjaga anda akan memberi beberapa pilihan warna untuk anda pilih dan sesuaikan dengan warna pelamin dan juga baju sanding.
4. Pemilihan Menu Untuk Katering
Pemilihan menu kebiasaannya akan melibatkan perbincangan dengan mak dan ayah pengantin kerana mereka lebih arif bab makanan nie.
Perbincangan ini juga melibatkan Wedding Planner yang akan menjaga anda dari awal majlis sehinggalah tamatnya majlis anda.
Berdasarkan pengalaman kami, perbincangan menu ini akan dibuat sebulan sebelum majlis. Tempoh yang selesa buat pihak katering untuk membuat persiapan.
5. Penyusunan Aturcara Majlis
Aturcara majlis ini nampak macam biasa sahaja, tetapi, ia SANGAT PENTING. Penting sebagai panduan sepanjang majlis berlangsung.
Dengan panduan ini, semua yang disusun akan berjalan lancar dan semua pihak akan tahu dan ambil tugas bahagian masing-masing..
Pengacara majlis dengan kerjasama wedding planner akan memastikan segala Aturcara Majlis akan berjalan mengikut susunan yang telah ditetapkan.
6. Persiapan Akhir Di Dalam Dewan
Persiapan akhir ini kebiasaannya melibatkan susun atur meja dan kerusi dan juga pelamin sanding.
Persiapan ini juga biasanya akan siap pada sehari sebelum majlis. Jika majlis anda hari Sabtu, persiapan ini akan siap pada hari Jumaat.
Aturan Pada Hari Majlis/Hari Langsung.
7. Persiapan Awal Pihak Katering
8. Persiapan Pengantin
9. Persiapan Tuan Rumah Menerima Kehadiran Tetamu
10. Ketibaan Para Tetamu
11. Ketibaan Rombongan Pengantin
12. Ketibaan Pengantin Raja Sehari
13. Perarakan Pengantin dengan paluan kompang.
14. Persandingan Pasangan Pengantin Di Atas Pelamin
15. Bacaan Doa
16. Acara Merenjis atau Salam Restu
17. Acara Makan Beradab
18. Acara Memotong Kek
19. Acara Bergambar Rasmi
20. Sesi Beramah Mesra Bersama Tetamu
21. Sesi Bergambar Outdoor.
22. Menutup Majlis
23. Selesailah Majlis Persandingan Anda. Sekian.