Showing posts with label Kenapa Perlu Buat Majlis Di Dewan?. Show all posts
Showing posts with label Kenapa Perlu Buat Majlis Di Dewan?. Show all posts

Monday, December 30, 2019

PERJALANAN MAJLIS DI CLASSIQUE WEDDING HALL


Classique Wedding Hall menumpukan sepenuh usaha untuk menjual dan meyediakan Pakej Lengkap Perkahwinan yang dapat membantu bakal pengantin MEMUDAHKAN urusan majlis perkahwinan mereka.

Menguruskan majlis perkahwinan memanglah satu urusan yang memberi banyak tekanan dan cabaran.

Namun begitu, dengan memilih Classique Wedding Hall sebagai Venue Majlis Perkahwinan anda, separuh dari tekanan tersebut telah kami ambil alih.

Bagaimana kami boleh mengambil alihnya?

Melalui pengalaman kami yang telah menguruskan majlis perkahwinan sejak tahun 2010 lagi. Melalui pengalaman ini, kami akan bantu anda merancang majlis perkahwinan dengan teratur dan tiada tekanan buat bakal pengantin.

Di sini admin kongsikan gambaran Proses Melangsungkan Majlis di Classique Wedding Hall bermula dari anda membuat Pembayaran Tempahan sehingga tamat majlis bersejarah anda.

PERJALANAN MERANCANG MAJLIS DI CLASSIQUE WEDDING HALL.

1. Pembayaran Tempahan Pakej Lengkap Classique.

Untuk tempahan pakej lengkap Classique, deposit yang perlu dibayar hanya RM1,000 untuk menempah pakej dan tarikh majlis anda.

Disebabkan Classique Wedding Hall hanya boleh menerima tempahan 1 majlis untuk 1 tarikh, jadi, kami mengamalkan siapa tempah dan bayar deposit dulu, dia yang dapat.

2. Pemilihan Konsep Baju dan Pelamin.


Urusan pemilihan Konsep Baju dan Pelamin boleh dibuat di Butik Astella Bridal. Penal Bridal untuk Classique Wedding Hall.

Untuk setiap tempahan Pakej Lengkap Classique, bakal pengantin akan dapat sepasang persalinan baru. Baru bermaksud anda yang pertama akan pakai baju tersebut.

Disebabkan anda dapat baju sanding baru, urusan "Fitting" perlu dibuat selewat-lewatnya 3 bulan sebelum majlis bagi memastikan baju sanding siap.

3. Pemilihan Warna Tema Dalam Dewan.

Setelah tema warna baju dan pelamin telah dipilih, barulah kita dapat pilih dan tentukan warna tema bagi alas meja dan juga riben kerusi.


Untuk pemilihan warna tema ini, wedding planner yang menjaga anda akan memberi beberapa pilihan warna untuk anda pilih dan sesuaikan dengan warna pelamin dan juga baju sanding.

4. Pemilihan Menu Untuk Katering

Pemilihan menu kebiasaannya akan melibatkan perbincangan dengan mak dan ayah pengantin kerana mereka lebih arif bab makanan nie.


Perbincangan ini juga melibatkan Wedding Planner yang akan menjaga anda dari awal majlis sehinggalah tamatnya majlis anda.

Berdasarkan pengalaman kami, perbincangan menu ini akan dibuat sebulan sebelum majlis. Tempoh yang selesa buat pihak katering untuk membuat persiapan.

5. Penyusunan Aturcara Majlis

Aturcara majlis ini nampak macam biasa sahaja, tetapi, ia SANGAT PENTING. Penting sebagai panduan sepanjang majlis berlangsung.

Dengan panduan ini, semua yang disusun akan berjalan lancar dan semua pihak akan tahu dan ambil tugas bahagian masing-masing..

Pengacara majlis dengan kerjasama wedding planner akan memastikan segala Aturcara Majlis akan berjalan mengikut susunan yang telah ditetapkan.

6. Persiapan Akhir Di Dalam Dewan

Persiapan akhir ini kebiasaannya melibatkan susun atur meja dan kerusi dan juga pelamin sanding.

Persiapan ini juga biasanya akan siap pada sehari sebelum majlis. Jika majlis anda hari Sabtu, persiapan ini akan siap pada hari Jumaat.

Aturan Pada Hari Majlis/Hari Langsung.

7. Persiapan Awal Pihak Katering



8. Persiapan Pengantin


9. Persiapan Tuan Rumah Menerima Kehadiran Tetamu



10. Ketibaan Para Tetamu














11. Ketibaan Rombongan Pengantin


12. Ketibaan Pengantin Raja Sehari


13. Perarakan Pengantin dengan paluan kompang.


14. Persandingan Pasangan Pengantin Di Atas Pelamin


15. Bacaan Doa


16. Acara Merenjis atau Salam Restu


17. Acara Makan Beradab


18. Acara Memotong Kek


19. Acara Bergambar Rasmi


20. Sesi Beramah Mesra Bersama Tetamu


21. Sesi Bergambar Outdoor.


22. Menutup Majlis

23. Selesailah Majlis Persandingan Anda. Sekian.


Friday, May 17, 2019

TAK MAHAL SEBENARNYA KOS BUAT MAJLIS DI DEWAN NIE.

NAK BUAT MAJLIS DI DEWAN KE RUMAH?

Sering menjadi kebuntuan buat ramai pasangan pengantin yang ingin mendirikan rumahtangga nak memilih antara Buat Majlis di Dewan atau Buat Majlis di Rumah.


Kebanyakkan bakal pengantin beranggapan bahawa Kos Buat Majlis di Dewan itu tinggi kerana kena sewa dewan berbanding Kos Buat Majlis di Rumah yang tak perlu sewa tapak rumah.

Ia ada betulnya dan ada salahnya jika membuat perbandingan sebegitu. Memang kos sewaan tapak rumah tiada, tetapi kos menyewa peralatan dan kelengkapan untuk membuat majlis di rumah lebih kurang sahaja kosnya dengan kos sewaan dewan.


JOM KIRA KOS DAN BANDINGKAN.

Kita ambil contoh kiraan menyewa Dewan + Peralatan Dewan dengan kiraan Sewaan Khemah/Kanopi untuk jemputan 1,000 orang tetamu.

Kiraan Kos Majlis Di Dewan:
Sewa Dewan Beraircond + Kerusi Meja (25 Set Meja) = RM3,000.00


Kiraan Kos Majlis di Khemah/Kanopi:
Untuk 1000pax, anggaran kiraan selesa, perlu 7 - 8 Set Khemah. Dalam pengiraan ini kita kira berdasarkan 7 Khemah.

- 1 Khemah Untuk Pelamin - RM600
- 1 Khemah Untuk Makan Pengantin - RM600
- 4 Khemah Tetamu (Dapat 16 Meja Bulat) - RM1,400
- 1 Khemah Untuk Bufet - RM350

Jumlahnya RM2,950.00

Penjimatan dalam RM50, tetapi jika majlis di dewan, kita akan dapat meja dan kerusi yang lebih iaitu 25 meja dan 250 kerusi dan sangat bersesuaian untuk majlis dengan kehadiran 1,000 orang tetamu.

Kesimpulannya, kos buat majlis di dewan memang akan tinggi sikit berbanding buat majlis di rumah, tetapi kita akan dapat banyak kelebihan jika buat majlis di dewan berbanding majlis di rumah.

Selepas ini kita akan kupas pula kelebihan dan kekurangan buat majlis di rumah atau di dewan.

Tulisan ini admin kongsikan berdasarkan pengalaman admin sebelum ini sebagai Wedding Planner dan Wedding Koordinator bagi ISDA Catering & Wedding Planner dan ISDA Catering Melaka.

Dan juga sebagai Wedding Planner dan Wedding Koordinator bagi Dewan Majlis Perkahwinan - Classsique - Function & Wedding Hall di Melaka.

Jika anda nak buat majlis di negeri Melaka, boleh survey pakej Lengkap Termasuk Dewan Beraircond kami yang terletak di Lebuh AMJ, Paya Rumput, Melaka.

Boleh klik link ini untuk terus ke FB Classique - Function & Wedding Hall Melaka.

Tuesday, September 4, 2018

KENAPA PERLU BUAT MAJLIS DI DEWAN? INI 2 SEBAB UTAMANYA



SEBAB PERTAMA, CUACA TAK MENENTU.

"Lagi 5 minit kita akan berarak ya pengantin. Kata Wedding Planner kepada kedua pengantin dan juga rombongan pengantin". OK kata pengantin kepada Wedding Planner.

Alih-alih, hujan pulak. Terbantut aturcara berarak. Kena tunggu hujan redalah baru boleh berarak. Ujar Wedding Planner sambil mengelap air hujan dimukanya.

OK kata pengantin sambil sedikit tak ceria terpancar dimukanya.

Tapi apakan daya. Hujan itu adalah aturan Allah SWT dan hujan juga merupakan rezeki pada makhluk Allah. Kita hanya merancang, Allah yang Maha Menentukan.
.
SEBAB KEDUA, JIRAN TAK BERTOLAK ANSUR.

"Orang khemah nak mula pasang khemah dan kerusi meja tapi tak boleh sebab jiran sebelah tak keluarkan kereta lagi".

"Orang khemah nak susun terus meja dan kerusi, tapi tak boleh, sebab jalan utama, kereta nak lalu lalang. Pagi majlis baru kelam kabut nak susun kerusi dan meja. Memang berpeluh-peluh tuan rumah nak siapkan".

Ini antara 2 masalah utama jika nak buat majlis kat rumah. Tapi apakan daya, kos buat majlis di dewan agak tinggi.

Kebiasaannya lebih dari RM23k - RM30k untuk pakej lengkap termasuk katering, pelamin, baju dan sewa dewan.

Itu sebelum nie. Sekarang dah ada penyelesaian untuk masalah ini. Kami Classique - Wedding Hall Melaka mencipta satu pakej yang berbaloi untuk majlis di dewan.

Pakej Classique ini berharga RM21.90/pax. Tapi, jika anda menempah untuk majlis tahun 2018 atau anda tergolong dalam 20 terawal, anda akan dapat diskaun RM2,000.00.

Jadi, harganya lepas diskaun adalah RM19.90/pax.

Ya, betul. DISKAUN RM2,000.00. banyak benda boleh dapat dengan RM2,000 nie. Boleh guna untuk tempah door gift atau pakej Fotografi.

Nak jadi 20 terawal, whatsapp terus ke no tertera di bawah ini ya.

www.wassap.my/0173028209
www.wassap.my/0104356810
www.wassap.my/0163375579